Saturday, June 8, 2013

Bab 1

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya. Qawy menamatkan kelas geomatic yg diajar oleh prof Hussein. Bosan katanya kerana geomatic bukan minat Qawy.Dia tidak nampak apa kebaikan belajar segala nombor dan angka-angka yang langsung tidak membantu dalam bidang yang sedang dipelajarinya. Dia mahu membina sebuah bangunan yang mengikut kreativitinya sendiri dan bukan mengikut segala telunjuk dan hukum-hukum yang terdapat dalam buku. “Arghh,tiada yang lebih bosan dari hari ini” herdik hati Qawy Qawy melalui Lorong Iskandar yang terkenal dengan kesesakan manusia. Ikut hati mahu saja Qawy melanggar semua manusia-manusia ni. Tapi hatinya menahan sabar amarahnya. Lancau betul lah takde tempat lain ke nk jalan. Dia menekan brek skuter LX 150 miliknya sambil hon berkali-kali. Sesekali dia terkumat kamit memaki hamun. Lancau, pukimak ,anak sial semuanya terkeluar dari mulutnya. Terlepas dari Lorong Iskandar dia memasuki lebuhraya MRR2 dan seterusnya membelok kanan melalui Lorong Seksyen 12. Banyak kedai-kedai kecil yang telah sekian lama berdiri di sini. Kelihatan bumbung-bumbung usang yang kadang kala terkopak dihembus angin dan kembali ke asal apabila keadaan tenang semula. Lorong ini telah menjadi tumpuan kaum cina yang rata-rata menghuni di sekitar kawasan ini. Qawy melalui Lorong ini hampir 10 minit sebelum berhenti di satu kedai cina. “hello apek,ini hari ok ka” “okla, haiya hari ni I tengok you banyak handsome mau keluar dengan dating ka” “ini macam cilaka selekeh pun apek kata handsome” Apek ketawa kecil apabila Qawy berkata begitu. Memang menjadi kebiasaan Qawy berhenti di kedai ini. Hampir setiap hari ada sahaja barang yang ingin dibelinya. Rokok, majalah, surat khabar ataupun air tin ketika cuaca panas.Qawy membelek surat khabar hari ini.Kelihatan muka perdana menteri terpampang di muka hadapan. Al maklumla pilihan raya bakal menjelma dan masing-masing sibuk meraih undi dari rakyat. Reaksi muka Qawy tidak sedikit pun menunjukkan minat terhadap politik. Perlahan-lahan dia terus mengangkat satu surat khabar dan membuka sehelai demi sehelai. Apa yg dicari hanyalah satu: keputusan perlawanan Manchester united menentang aston villa. “menang lagi Manchester united, belanja makanla kau Karim” Dia meletakkan kembali surat khabar tersebut sambil beredar ke kaunter. Apek hanya memandang dan mengerti bahawa rokok dunhill yang dicari Qawy. Dengan tidak berkata apa-apa Qawy mengeluarkan 10 ringgit dari poketnya dan dihulur dunhill 20 yang menjadi ketagihannya. Selepas mengambil baki, Qawy melangkah keluar dari kedai. Tiba-tiba telefon iphone 4 nya berbunyi. Bie: assalamualaikum syg, syg dh abis kls ke? Me: waalaikumsalam bie,ye syg dh habis kelas tngh on the way blik umah…bie dh abis sekolah? Bie: bie x blik rumah lg ni. Ada kat skola sbb cikgu Rusman wat kls tmbhn lak. Trpksala blik lwt sket ari ni T_T Me: xpe bie, blaja rajin2 ye…syg tggu bie kat sini  Me: bie,syg kna grak blik umah dulu ye..bie jga diri jgn lupa mkn ubat….luv u bie muah Bie: ok syg, tc tau syg muah ^^ Selain mak ayah Qawy, wanita inilah yang menjadi org penting dalam hidupnya. Semuanya bermula ketika mereka bersekolah di satu sekolah kerajaan. Daripada perkenalan biasa mula timbul bibit cinta yang akhirnya melafazkan kata-kata “saya cintakan awak” kepada si gadis yg didambanya. Hubungan cinta mereka telah bertahan hampir 3 tahun dan diselangi dengan pelbagai dugaan termasuk kehadiran orang ketiga yang mengaku mencintai Qawy setelah sekian lama. “cibai punya minah,puiihh” herdik hati Qawy Malangnya sang kekasih disahkan mengidap penyakit lemah jantung. Qawy sedia upaya menyabarkan si dia dan berjanji akan tetap bersamanya walau apa pun berlaku. Mulai saat itu Qawy sentiasa berhati hati jika ingin membeli makanan kepada si dia kerana salah satu cara untuk mengubati lemah jantung adalah mengawal jenis makanan yang diambil. Qawy juga kurang menghisap rokok di hadapannya. Qawy meneruskan perjalanannya melalui seksyen 12. Melalui kawasan perumahan kadang kala terdengar bunyi salakan anjing. Teringat Qawy semasa zaman nakalnya yang selalu mencuri mangga di kebun jiran sebelah kampungnya. Setiap kali mencuri jgk Qawy akan dikejar anjing-anjing tuan kebun namun basikal tunggangan Qawy lebih pantas memecut pulang ke rumahnya.Ya masing-masing ada zaman nakalnya yang akan dikenang ketika kita uzur dan hanya menunggu maut menjemput. Hampir 15 minit kemudian Qawy telah sampai ke destinasinya, apartment yang tidaklah semewah condo dan tidak juga seperti rumah flat. Qawy menaiki lif ke tingkat 6 dan terus mencapai ke tombol pintu rumah bernombor e7-06. Masuk ke rumah Qawy memberi salam dijawab oleh rakan serumahnya, hisyam yang sibuk dengan x-boxnya. “Kau ni Hisyam tak habis ngan fifa kau,assignment bertimbun bukan nak siapkan..kang ada jugak yang bising-bising cium tapak kaki aku suruh tolong siapkan assignment dia” “lancaula kau wi,aku taula nk siapkan assignment aku bila” Qawy hanya mengelengkan kepala. Dia cukup kenal dengan hisyam yang suka menangguh kerja hingga last minute. Baginya tak salah kalau hendak main fifa atau apa jua sebarang video game tapi mestilah ada hadnya. Siang malam Hisyam hanya melekat dengan x-boxnya. Bila dated line dah dekat mulalah minta tolong Qawy. Seorang lagi housemate Qawy, Firdaus. Dikenali dengan nama Fid di kalangan rakan-rakannya. Fid sedang asyik dibuai mimpi.Qawy menghampiri Fid dan terus menepuk belakangnya. “woi Fid!membuta je keja kau,dah solat asar ke belum?” Fid hanya memandang Qawy dengan mata separuh buka. “Kejap lagilah” Fid menutup kepalanya dengan bantal. Bimbang Qawy akan start ceramah agama padanya. Qawy akur kepada housematenya itu. Fid seorang pelajar yang pintar dan rajin. Cuma dia agak keberatan untuk mengejarkan suruhan agama. Kadang solat kadangnya tidak. Puasa ramadhan pun kadang kala ponteng walaupun usia sudah mencecah 22. Penat juga Qawy menasihati Fid,kata Qawy kita tidak boleh hanya mengejar kejayaan di dunia semata-mata tanpa kemenangan yang kekal di akhirat. Fid hanya terdiam tatkala Qawy berceramah mengenai agama kepadanya. Qawy solat asar sebelum tertidur keletihan di atas katilnya. Kata orang tidak elok jika kita tidur lepas asar tetapi Qawy terpaksa berehat sebentar setelah seharian berada di kulliyahnya.Qawy dikejutkan dengan panggilan dari seseorang. “lancaula siapa pulak yang call aku tengah sedap tido” INCOMING CALL FROM BIE” “Hello assalamualaikum,ye bie tadi syg tetidur kejap. Apa bangun solat magrib? Sekarang pukul berapa? Ya rabbi dah pukul 7.30..ok bie syg nak pegi mandi dulu,take care bie..assalaualaikum” Selesai mandi Qawy mengenakan pakaian yang sesuai sebelum keluar ke surau berhadapan dengan apartment tempat dia tinggal. Selesai mengerjakan solat,ceramah diberi oleh ustaz Rahim yang berasal dari Kedah. Terdengar dengan jelas loghat kedah dalam ceramahnya. “hampa kalau boleh selepas subuh tu jangan duk tidoq truih kerana waktu itu penoh dengan pahala yang melimpah dari Allah s.w.t” Menarik juga ceramah malam ni. Amalan-amalan yang sering ditinggalkan. Memang kena dengan hidup Qawy yang sibuk dengan pelajarannya demi mengejar segulung ijazah. Sayangnya Qawy terpaksa pulang awal apabila mengenangkan assignmentnya yang bertimbun. Sambil kaki melangkah pulang, Qawy membakar rokok dunhill yang baru dibeli petang tadi. Bagiya rokok tidak haram selama mana ianya tidak menganggu amal ibadatnya. Walaupun jelas rokok telah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Qawy tetap dengan pendiriannya. Rokok yang dihisapnya habis tatkala dia melangkah masuk ke rumahnya. Selesai solat isyak, Qawy terus menyiapkan assignment serta melakukan revision untuk beberapa bab. Pening juga kepalanya hendak memahami isi kandungan buku Islamic knowledge in built environment. Setelah beberapa perenggan, matanya tertumpu kepada katil di sebelahnya.terus Qawy menghempas badannya yang keletihan. Sebelum terlelap hati Qawy merasakan sesuatu. Sesuatu yang akan berlaku pada esok hari. Fikirannya bercelaru memikirkan perasaannya yang tidak terteram seakan bom nuclear akan meletup di atas rumahya tatkala dia tidur. “arghh malas aku nak fikir,tidur baik” kata Qawy tanpa mengetahui sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi pada keesokan harinya…